Sunday, 23 November 2014

Aktiviti Sekolah

1. WACANA PENCERAHAN MINDA
    Anjuran:         DBP bersempena dengan Sambutan BBK Peringkat WPKL 2014
    Kertas Kerja; YBhg. Prof. Magya Dr. Noriah Taslim,
                           Felo Penyelidik Kanan ATMA, UKM
    Tarikh:           28 Oktober 2014 (Selasa) jam 8.30 pagi - 12.00 tengah hari.
    Tempat:         Dewan Dato' Hassan Ahmad, DBP, Kuala Lumpur
    Pertanyaan:   Puan Niarwati 03- 21479298


2.  MALAM PERSEMBAHAN AMAL "SUARA AL-AQSA II 2014"
                   DAN PELANCARAN BUKU "TANAH TANPA PETA"
  Anjuran:      Kolej MARA Seremban dengan kerjasama
                      Grup Karyawan Luar Negara dan Aqsa Syarif
  Tarikh:        1 November 2014 (Sabtu) 8.00 malam - 11.30 malam.
  Tempat:       Dewan Tun Hussein Onn, Kolej MARA Seremban.
  Pertanyaan: Cik Nini 019  9595725


3.  BENGKEL KONVENSYEN PEWARISAN HARTA ISLAM
   Anjuran:      Persatuan Pengurusan Kewangan & Harta Islam Malaysia
                       dengan kerjasama MAINS, IWM, IFWIMI, USIM
   Tarikh:         4 - 5 November 2014, 8.30 pagi - 5.30 petang.
   Tempat:        Auditorium D'Sury, JKKN Negeri Sembilan
   Pertanyaan:  Pusat Kaunseling MAINS, 06-7652751   

Laporan Sastera

http://dwnsastera.dbp.my/?p=1646

Usaha Berita Harian Menjolak Bahasa dan Sastera Melayu

http://beritaharian.sg/gah/sastera/usaha-bh-menjolak-bahasa-dan-sastera-melayu

Takwim Pendidikan

 

Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)

Takwim PEN 2014

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PEN Kali Pertama 2014 telah diadakan pada 23 Januari 2014 di kediaman Ketua Satu. Mesyuarat ini telah meluluskan beberapa aktiviti PEN sepanjang tahun 2014 telah dicadangkan seperti yang berikut:

TARIKH AKTIVITI 2014
Mac - Bengkel Pemantapan Penulisan 2
- Perayaan Za'ba
April Kempen Galakan Membaca dengan kerjasama SMK Seremban 2
Jun Bicara Karya PEN dengan kerjasama DBP & IPRM
Julai Wacana Ilmu: Sepetang Bersama PEN - dengan kerjasama UPSI
Ogos Lawatan Berkarya ke Bukit Tinggi, Indonesia.

Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada acara yang sedang dirancang oleh pihak AJK PEN. Mana-mana ahli yang berminat untuk tampil dan menawarkan aktiviti lain, boleh berhubung terus dengan Ketua Satu ataupun Setiausaha Satu untuk disesuaikan dengan takwim PEN.

Syair Pendidikan

Contoh Syair Pendidikan

Syair Perpustakaan Soeman Hs

Tersusun indah pustaka ini
Tertata rapi buku-buku penuh maknawi
Isi hari dengan berkunjung kesini
Pustaka terbaik di negeri ini

Sejuk nyaman membaca buku
Perpustakaan Soeman Hs gudang ilmu
Seringlah kesana agar dirimu mampu
Membuka semua cakrawala dalam hidupmu

Hatimu resah jangan dibawah gundah
Duduklah sejenak di perpustakaan wilayah
Bekali diri dengan ilmu bermarwah
Kuatkan keterampilan agar terarah

Perpustakaan ini anugerah negeri
Tak pantas jika tak pernah diisi
Ajak semua teman agar menghampiri
Itulah tabiat mulia generasi masa kini

Zaman sekarang persaingan ketat
Tak kuat bersaing bisa melarat
Agar dirimu bisa mampu dan kuat
Perpustakaan bisa menjadi obat

Tak ada didunia ini orang yang bodoh
Kuatkan ilmu agar tetap kokoh
Mulai dengan membaca tokoh-tokoh
Dirimu kelak tak kan mudah roboh

Jangan pernah berputus asa
Semua pasti ada jalannya
Asal niat mu ada didada
Semua cita-cita bisa terlaksana

Ciri-ciri Syair

CIRI-CIRI DAN CONTOH SYAIR

* Ciri-ciri syair, antara lain sebagai berikut :
1.Setiap bait terdiri atas empat baris.
2.Setiap baris terdiri atas 8 sampai 14 suku kata.
3.Semua baris merupakan isi.
4.Syair bersajak aaaa.
5.Setiap bait syair tidak dapat berdiri sendiri.
6.Biasanya, setiap baris terdiri atas empat kata.

Teknik Pengajaran Sastera



Teknik Pengajaran Sastera
Pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (komsas) selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Mengapakah keadaan ini berlaku? Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera. Satu daripada alasannya ialah guru tidak mendapat pendedahan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran komsas. Selain itu guru tidak berminat dengan sastera dan tidak memiliki kemahiran tentang sastera. Guru juga tidak berkeupayaan untuk menunjukkan contoh kepada murid tentang cara-cara karya sastera itu dipersembahkan.
Bagi murid pula, mereka selalunya kurang berminat dengan komsas kerana teknik penyampaian guru itu sendiri yang membosankan. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional dan tidak berpusatkan murid. Oleh yang demikian guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang kurang menarik yang diamalkan sebelum ini. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.

Teknik pengajaran dan pembelajaran komsas yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut:
(a) Teater Pembaca
(b) Teater Bercerita
(c) Persidangan Meja Bulat
(d) Monodrama
(e) Balang Kaca
(f) Stesen
(g) Kerusi Panas
(h) Peta Minda
(i) Improvisasi
(j) Mestamu
(k) Dekon
(l) Adaptasi

(a) Teater Pembaca
• Melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas.
• Mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja.
• Membantu penonton (murid) memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka.
• Pelajar lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.
(b) Teater Bercerita
• Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.
• Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.
• Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.
• Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(c) Persidangan Meja Bulat
• Perbincangan dilakukan secara berkumpulan.
• Seorang murid menjadi ketua untuk mempengerusikan perbincangan dan seorang pencatat.
• Perbincangan berfokus pada isu yang ditetapkan oleh guru.
• Semua anggota kumpulan mesti memberi pendapat semasa perbincangan dijalankan.
• Wakil kumpulan akan membentang dapatan atau hasil perbincangan.
• Masa perbincangan 15 – 20 minit.
• Guru memantau dan membimbing kumpulan semasa perbincangan dijalankan.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(d) Monodrama
• Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon (murid)
• Pelakon mesti menghayati watak yang dipilih.
• Pelakon berusaha untuk meluahkan rasa hati supaya dapat menjelaskan peranan dan tindakan watak dalam sesuatu karya.
• Berdasarkan lakonan itu, murid lain dapat menilai perwatakannya dan perwatakan individu lain.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(e) Balang Kaca
• Seorang murid berlakon sebagai watak utama.
• Murid-murid lain berlakon sebagai watak-watak lain dan mengelilingi watak utama.
• Watak-watak lain memberi pandangan terhadap watak utama.
• Watak utama tidak bercakap tetapi boleh memberi respons melalui mimik muka, gerak tubuh dan sebagainya.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(f) Kerusi Panas
• Seorang murid dikehendaki memainkan peranan sebagai satu-satu watak.
• Murid berkenaan duduk di kerusi di hadapan kelas.
• Murid-murid lain mengajukan pertanyaan berkaitan perwatakan watak berkenaan.
• Murid yang duduk di kerusi mesti menjawab soalan sebagai watak yang sedang dilakonkannya.
• Pelajar lain mencatat perwatakan watak-watak dalam Lembaran Pengurusan Grafik (LPG) yang disediakan.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(g) Improvisasi
• Aktiviti lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa atau situasi sebenar.
• Dijalankan dalam kumpulan antara 2 – 5 orang murid.
• Mereka diberi masa 10 – 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog.
• Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik.
(h) Stesen
• Murid mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen.
• Maklumat di setiap stesen berbeza-beza berdasarkan arahan guru.
• Murid perlu pergi ke semua stesen untuk melengkapkan maklumat.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(i) Peta Minda
• Murid mencatatkan maklumat tentang sesuatu aspek dalam bentuk peta minda.
• Peta minda boleh disediakan oleh guru lebih awal, atau pelajar sendiri membina peta minda itu.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.
(j) Mestamu
• Murid melagukan sajak atau puisi tanpa muzik.
• Gunakan melodi lagu yang diminati/popular dan gantikan seni kata/lirik lagu itu dengan sajak atau puisi yang dipelajari.
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam, dan seloka.
(k) Dekon
• Seorang murid mendeklamasikan sajak atau puisi.
• Seorang atau beberapa orang murid melakonkan aksi yang sesuai dengan maksud sajak/puisi
• Murid lebih mudah mengingati sajak/puisi.
• Teknik ini sesuai untuk sajak.
(l) Adaptasi
• Murid mencipta karya dalam bentuk genre lain berdasarkan sesuatu genre. Misalnya, menulis pantun atau syair berdasarkan cerpen; menulis skrip drama berdasarkan sajak atau menulis sajak berdasarkan novel.
• Dapat mempelbagaikan kemahiran dan meningkatkan kreativiti murid.
• Teknik ini sesuai untuk semua genre sastera.

Guru-guru bolehlah mencuba teknik-teknik yang telah dikemukakan tadi semasa mengajarkan komsas di dalam kelas. Semoga teknik tersebut tidak membosankan murid malahan boleh menarik minat dan perhatian mereka untuk mempelajari komsas dan sastera secara amnya. Di samping itu, pakar-pakar kemahiran belajar mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Pembelajaran yang menarik pula sudah tentu akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pengetahuan murid. Diharapkan juga agar minat murid-murid tersebut disuburkan oleh guru yang mengajarkan komsas dengan memberikan bimbingan bukan sahaja untuk mengkaji aspek sastera malahan berupaya untuk menghasilkan karya sastera seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan novel.

Singapura Dilanggar Todak